Berbincang di online forum.. Apa pendapat korang?
Semenjak dua menjak ni, semakin banyak pulak online forum yang muncul di persada internet. Yang berbahasa melayu, inggeris dan sebagainya. Tema juga bermacam-macam. Dari sekadar untuk berbincang kosong hinggalah khusus untuk mencari pendapatan, hiburan, berita tempatan dan luar negara, politik,mencari kenalan, sukan dan ada yg khusus untuk untuk kategori tertentu seperti jantina sahaja, sesuatu bangsa atau untuk satu topic sahaja.
Tak kisah la.. bagi saya kewujudan online forum ni sekurang-kurangnya sedikit membantu memberi maklumat pantas. Selain sembang kosong kat warung kopi, rasanya forum lebih bermanfaat sekiranya digunakan untuk tujuan yang sebenar.
Jana pendapatan, ini yang saya sedang lakukan. Banyak pengalaman dan pendapat yang telah saya cedok dari forum2 yang saya sertai.Anda bagaimana pula?
Berdebat atau Berbincang?
Istilah Ini kadangkala wujud kat forum-forum tertentu. Almaklumlah, sesetengah orang gagal mengawal emosi hinggakan mengeluarkan emosi yg tidak seharusnya ditonjolkan dikhalayak ramai. Memang tidak nampak muka, tapi olahan tulisan kadangkala sudah boleh menggambarkan perasaan individu tersebut.
Kepentingan Online Forum…
Saya sendiri pun tak dapat nak komen. Bergantung kepada niat dan tujuan kewujudannya. Jangan Tak Percaya, Pemilik online forum juga sebenarnya boleh mencari pendapatan sampingan dengan hanya “publish’ dan selia. Sekiranya mendapat sambutan, hasil mungkin berbaloi.
Apa pendapat korang lak?
Â
Â
Â

