Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri khusus untuk semua umat islam tak kira dimana anda berada.
Mohon ampun & maaf sekiranya ada sebarang kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan oleh saya “hambaNya yang lemah” ini.
Sesungguhnya Hari Raya ini adalah merupakan hari kemenangan untuk umat islam yang ikhlas berpuasa dan beribadat kepadaNya.
Ziarahilah pusara ayahanda, bonda, saudara mara atau jiran-jiran serta sahabat handai dan sedekahkanlah Al-fatihah kepada mereka yang telah pun kembali ke Rahmatullah. Kunjungi saudara mara,jirang-jiran,sahabat handai dan orang tersayang untuk bermaaf-mafan dihari yang mulia ini. Semoga hari raya ini lebih baik daripada tahun lepas.
Berhati-hati memandu, jangan gopoh dan terburu-buru.. berhenti rehat jika mengantuk dan patuhi segala arahan dan peraturan di jalanraya. Insyaallah, perjalanan anda akan selamat sampai ke tempat yang ditujui.
Buat semua kenalan dan pembaca serta pengunjung blog muhammadhilmi.com, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada salah dan silap. Semoga hari raya yang mulia ini membawa lebih kebahagiaan dan pengertian kepada anda semua.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin.


dikesempatan ini.. sy ingin mengucapkan selamat hari raya..walau sket terlambat
Selamat hari raya jugak. TQ